Bahan-bahan ( 2 orang )
- **UNTUK DIPERAP**
- ~ 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
- ~ 2 ulas bawang putih (cincang)
- ~ 1 cm halia (cincang)
- ~ 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- ~ 1 sudu besar sos tomato
- ~ 1 sudu besar sos Lee & Perrins
- ~ 1 sudu besar kicap manis
- ~ 1 sudu besar kicap masin
- ~ 1 sudu besar sos tiram
- ~ 1 sudu besar madu
- ~ garam secukup rasa
- **SOS BLACK PEPPER**
- ~ 1/2 botol sos lada hitam
- ~ 2-3 sudu besar sos tiram
- ~ 3-4 cendawan butang (cincang)
- ~ 1/2 biji bawang besar (cincang)
- ~ garam/gula secukup rasa
Cara-cara
- 1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
- 2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
- 3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
- 4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
- 5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
- 6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa. OK?
RESEPI ASAL : AEEDA
0 comments:
Post a Comment