Sunday, 1 June 2014

RESEPI ASAM PEDAS



Bahan-bahan ( 1 family... )

  • ~ 3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh)

  • **Bahan kisar**
  • ~ 3 biji bawang merah
  • ~ 10biji cili kering
  • ~ 1/2 in halia
  • ~ 1 sudu teh jintan manis
  • ~ 1 sudu teh jintan putih
  • ~ 1/4 sudu teh lada hitam
  • ~ 1/2 in kunyit hidup
  • ~ 2 ulas bawang putih

  • **Bahan tumis**
  • ~ 1/2 bawang besar-hiris
  • ~ 1/4 sudu teh biji sawi
  • ~ 1/4 sudu teh halba
  • ~ 2 tangkai daun kari
  • ~ air asam jawa secukupnya
  • ~ air secukupnya
  • ~ 1 biji tomato-potong2
  • ~ 5 biji kacang bendi
  • ~ 1 serai-diketuk
  • ~ 1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
  • ~ minyak masak
  • ~ garam dan gula jika suka

Cara-cara

  1. 1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis. Masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
  2. 2. Masukkan air asam jawa dan air. Biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
  3. 3. Masukkan garam dan gula, biar hingga masak. Hidangkan.

RESEPI ASAL : JUNIS


0 comments:

Post a Comment