Sunday, 1 June 2014

::**:: Menangislah ::**::


Tangisan adalah suatu fitrah bagi setiap makhluk bergelar manusia. Sejak dari awal kelahirannya, hinggalah ke akhir hayat setiap manusia, pasti tangisan akan menghiasi kamar hidupnya. Banyak punca yang menyebabkan air mata berlinangan namun berapa ramaikah dari kita yang tangisnya adalah kerana takutnya ia akan Allah S.W.T? Berapa ramaikah dari kita yang menangis akibat menghitung setiap inci dosa dan noda yang telah kita lakukan?
Wahai saudaraku, ketahuilah olehmu bahawa tangisan yang jatuh ke bumi kerana takutkan Allah membawa makna bahawa kita termasuk dalam golongan orang yang beriman kepada Allah sebagaimana firman Allah S.W.T.
“Dan takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (Surah al-Imran : 175)
Wahai saudara yang kukasihi, menangis kerana Allah akan mengangkat martabat diri hingga termasuk dalam golongan penghuni Syurga Allah yang penuh dengan segala kenikmatan yang tiada tolok bandingnya. Bahkan darjat juga akan ditinggikan oleh Allah selaras dengan janji-Nya yang berbunyi :
“Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua Syurga” (Surah Ar-Rahman : 46)
Seorang Khalifah yang agung di muka bumi Allah ini tidak pernah asing dengan tangis dan hiba saat meratapi akan segala dosanya kepada al-Ghafur. Lihat sahaja mereka yang dekat dengan Tuhan sekalian alam seperti kekasih Allah, Rasulullah S.A.W, para sahabat R.A, para tabi’in dan tabi’tabi’in , semuanya bercucuran air mata kerana takutnya mereka kepada Allah.
Rasulullah S.A.W sendiri menangis kerana takutkan Allah. Seorang Nabi dan kekasih Allah yang dijanjikan Syurga dan maksum. Pernah suatu ketika sedang Rasulullah S.A.W duduk bersama-sama dengan para sahabat, tiba-tiba Baginda menoleh pandangannya ke arah sekumpulan manusia seraya bersabda ” Apakah yang sedang mereka lakukan?” Salah seorang dari sahabat menjawab, “Mereka sedang menggali kubur untuk mengebumikan seorang yang telah meninggal dunia.”
Sebaik mendengar jawapan itu, Baginda berganjak dari tempat duduknya dan berjalan pantas mendahului para sahabatnya. Akhirnya baginda tiba di tanah perkuburan itu dan mencangkung berhampiran kubur tersebut. Para sahabat mengambil tempat di hadapan Baginda Rasulullah agar dapat melihat apa yang akan dilakukan oleh Baginda. Mereka melihat Rasulullah S.A.W menangis sehingga air mata menitis ke pipinya kemudian berkata kepada sahabat, “Wahai saudara-saudaraku, kalian harus mempersiapkan diri untuk menghadapi peristiwa seperti hari ini (kematian).” Bagitulah ketakutan Kekasih Allah yang mulia. Bagaimanakah dengan kita sebagai umatnya?
Menangis kerana takutkan Allah akan menyelamatkan kita dari seksaan dan azab Allah yang pedih, menempatkan kita di dalam Syurga-Nya dan menikmati segala kenikmatan yang tidak dapat dibayang oleh akal fikiran. 
Ubay bin Ka’ab berkata, “Kalian harus memegang ajaran dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Bukan termasuk orang yang memegang ajaran dan sunnah Nabi ketika teringat seksaan Allah, namun dia tidak menitiskan air mata kerana takut kepada seksa-Nya. Maka orang seperti ini akan bersama-sama api neraka untuk selama-lamanya.”
Orang yang memegang ajaran dan sunnah Nabi ketika teringatkan Allah, maka pasti akan ketakutan dan bergetar jantungnya kerana takut pada siksaan al-Muntaqim. Dosa-dosa orang seperti ini akan berguguran seperti mana gugurnya daun-daun dari pohon yang ditiup angin.
Hisablah diri kita sejenak, bermuhasabahlah dan berfikirlah perihal kehidupan di negeri yang kekal abadi. Adakah kita pernah menangisi dosa-dosa kita? Bilakah kali terakhir pipi dibasahi dengan linangan air mata keinsafan? Hanya Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Melihat segala sesuatu perbuatan. Moga dikurniakan Allah dengan perasaan ketakutan terhadap dosa.
Menangislah, Wahai Saudaraku…



credit to : http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/3830-menangislah-wahai-saudaraku.html

Mengapa Perasaan Perempuan Selalu Lemah


Duhai Hawa, mengapa kita terlalu lemah? Saya selalu terfikir mengapalah perasaan perempuan itu selalu lembut dan tersentuh. Bukan kita tak pernah dengar, sekeras-keras hati perempuan, akan lembut juga. Kerana itu rasanya Allah jadikan ibu seorang perempuan.
Seorang ibu itu dia lembut dalam garang, marah dalam sayang. Dua sifat antagonis ni sangat sebati dalam diri seorang insan bergelar Hawa. Kadangkala sensitifnya terlebih, adakalanya penyayang bukan main lagi.
Peliknya, untuk memahami perasaan naluri diriku sendiri, hatiku kadangkala seperti sebuah sampan di atas ombak yang kuat. Bergulir-gulir tanpa tujuan walaupun sudah dikayuh dengan kuat ke arah yang sudah ditetapkan.
Benar umum sudah mengetahui, cinta kepada Allah itulah paling hakiki. Tetapi untuk mereliasasikan cinta itu tidak semudah seperti sebutan di lidah semata. Banyak halangan yang perlu ditempuhi dan cabaran yang selalu menarik-narik diri ini untuk beralih arah dari mencapai Ilahi.
Benar, hakikatnya untuk mencapai cinta Ilahi ini, tidak cukup hanya dengan mentaati perintah-Nya semata-mata, dengan hanya menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulan Ramadhan dan juga membaca Al-quran.
Tetapi memerlukan pengorbanan yang lebih besar dari itu! Betapa ramai manusia hatta orang-orang soleh sendiri gagal dalam meraih cinta dari Allah saat kematian mereka kerana gagal melaksanakan perintah ini.
Itulah menahan diri dari perkara-perkara yang dimurkai Allah. Sukarnya menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang Allah larang kerana nafsu kita sangat-sangat cenderung kepada perkara tersebut.
Saidina Umar pernah berkata : “Seorang yang memiliki kualiti taqwa adalah seperti seorang yang berjalan di atas jalan berduri dengan berhati-hati. Seperti mana dia sangat berhati-hati untuk memastikan pakaiannya tidak terkena duri tersebut seperti itu jugalah seorang yang bertaqwa itu harus berhati-hati dalam setiap perbuatan yang dilakukannya.”
Saidina Ali juga pernah berkata : “Taqwa adalah takutkan Allah, berbuat seperti mana yang disuruh oleh Allah, puas dengan apa yang ada dan bersiap sedia untuk hari pelepasan (kematian).”
Indahnya kata-kata mereka.


Kadang-kadang aku rasa marah pada diri sendiri. Kenapalah susah sangat nak menahan hawa nafsu? Terutama dalam perkara-perkara untuk menundukan pandangan. Memang benarlah firman Allah :
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka….” (Surah An-Nur : 30-31)
Kerana pandangan itulah akar kepada banyak maksiat yang berlaku sesama berlainan jantina.
Bagi aku, kadangkala sikap ‘double standard’ selalu ada apabila berhadapan dengan kawan yang bukan muslim. Namun rasanya tidak boleh sebegitu kerana dari situlah kita dapat berlatih untuk membersihkan hati kita.
Paling penting bukanlah menundukkan pandangan dengan menundukkan pandangan mata semata-mata, namun adalah menundukkan perasaan. Jika hawa dan adam berbual tanpa memandang sesama sendiri, namun jika gagal mengawal perasaan, banyak juga boleh jadi.
Selain itu, mungkin saja kita gagal dari menahan diri dari menonton rancangan televisyen yang mungkin mendedahkan aurat-aurat yang tidak patut kita nikmati.
Bukan itu sahaja, mungkin sahaja kita memandang kawan sekelas kita dengan merasakan sesuatu di dalam hati.
Dalam umur yang memasuki dewasa ini, perasaan adalah satu-satunya harta berharga yang perlu dijaga. Dan alangkahnya susah sebenarnya.
Oleh kerana itu kita lihat ramai orang solat dan menutup aurat namun tidak ramai yang dapat menjaga pergaulan. Sungguh, jalan menuju redha Allah penuh dengan duri dan jalan ke neraka penuh dengan keenakan duniawi.
Kaum Hawa, kuatkan jati dirimu dan lindungilah tamanmu dari dicemari oleh pandangan orang yang bukan menjadi hakmu.
Kaum Adam, peliharalah hatimu dari menjadi milik selain dari Rab-Mu. Semoga kita semua menang dalam menempuhi ujian di dunia ini. Ameen!

credit to : http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/4922-mengapa-perasaan-perempuan-selalunya-lemah.html

Bersendirian Itu Terapi Diri



Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan? Zahirnya, orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.
Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.
Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.
Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.
Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.
Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui. Astargfirullahalazim…
Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang ‘hilang’. Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.
Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah dengan Allah. 
Allah SWT berfirman:
“Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan” (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)
Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
“…boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu.”
(Surah al-Baqarah, ayat 216)
Biarlah kita buruk dan hina pada pandangan manusia, namun cantik dan suci pada pandangan Allah SWT :)
Wallahualam…

credit to : http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/6216-sendiri-itu-terapi.html

8 Pembohongan Ibu Kepada Ku

Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!...Semoga catatan ini dapat dijadikan renungan dan panduan kita semua..Semoga bermanfaat..

01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA – Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: “Makanlah nak, mak tak lapar.”.
02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA – Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: “Makanlah nak, mak tak suka makan ikan.”
03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA – Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: “Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula.” Mak tersenyum dan berkata: “Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi.”
04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT – Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: “Minumlah nak, mak tak haus.”
05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA – Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: “Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki.”
06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM – Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: “Jangan susah-susah, mak ada duit.”
07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH – Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: “Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang.”
08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN – Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.
Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.

Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: “Jangan menangis nak, mak tak sakit.”
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!
Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK…!!!


credit to : http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/353-8-pembohongan-ibu-kepadaku.html#

Petua Belajar Cemerlang Dari Dato' Dr Fadzilah Kamsah

Berikut adalah petua yang dikongsikan oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah yang ingin saya kongsikan dengan anda semua. Semoga bermanfaat untuk kita semua.. :)



1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
     ~   kita ingat 10 % apayang dibaca
     ~   kita ingat 20% apa yang didengar
     ~   kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
     ~   kita ingat 70% apa yang dicakapkan
     ~   kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
     ~   pastikan cahaya adalah terang
     ~   kurangkan gangguan bunyi
     ~   tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
     ~   tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
     ~   kerusi dan meja menghadap kiblat
     ~   jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori:
     ~   memasukkan maklumat dalam memori (registration)
     ~   menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
     ~   mengingat kembali (recall)
   ~   menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

9. Sentiasa awal dan mendahului:
    ~   persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
 ~ pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
   ~   belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
  ~  untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar

10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

11. Mempunyai teknik membaca yang betul: 
       ~   duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
       ~   memberikan tumpuan sepanuhnya
       ~   menggunakan jari telunjuk untuk membaca
       ~   menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

22. Tahu petua mengulang kaji 
       ~   cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
       ~   siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
       ~   duduk tegak dikerusi yang selesa
       ~   baca doa penerang hati
       ~   baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
       ~   fikir dan ingat kembali isi utama
       ~   catat/lakar
       ~   semak semula ketepatan maklumat
       ~   ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
       ~   buat rumusan
       ~   jawab soalan
       ~   tampal maklumat yang rumit di dinding
       ~   baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa: 
      ~   jangan makan kepala ikan
      ~   jangan makan organ dalaman
      ~   jangan minum semasa makan
      ~   jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
      ~   jangan melihat kemaluan
      ~   jangan melihat buih
      ~   jangan membaca nama pada batu nisan
     ~    banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan 
           lain-lain
     ~    banyakkan makan kismis, kurma dan madu
     ~    banyakkan makan kekacang
     ~    pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
     ~    jangan makan sehingga terlalu kenyang
     ~    jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat: 
      ~   tampal nota-nota penting di dinding
      ~   tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
      ~   gunakan kaedah akronim
      ~   reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
      ~   pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajar: 
      ~    mempunyai jadual belajar
      ~    patuh kepada jadual
      ~    buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

32. Pelbagaikan tempat belajar.

33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

::**:: Andai Dia Bukan Milikku ::**::



“Ya Allah…
Engkau yang Maha tahu segalanya.

bila kehadiranku,
menganggu hatinya,
tidak membawa kebaikan padanya,
maka kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka

bila aku tak layak dan bukan yang terbaik untuknya
maka kau jauhkanlah aku darinya

bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya,
maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa

bila aku bukan yang terbaik,
bila aku bukan yang tercatat dalam takdir,
dan bila dia berhak kepada yang lebih baik,
maka jarakkan kami, pisahkan kami

jangan menangisi perpisahan,
kelak DIA akan gantikan,
dengan seseorang yang telah tercatat,
dengan seseorang yang terbaik untuk dunia dan akhirat kamu.”





credit to: http://www.kakicinta.com/2011/10/muhasabah-cinta.html

:::: PERTEMUAN DAN PERPISAHAN ::::




Disetiap pertemuan itu
Akan diakhiri dengan perpisahan
Disetiap perpisahan itu
Akan diakhiri dengan airmata
Didalam airmata yang mengalir itu
Ia menceritakan tentang
Indahnya pertemuan kita
Sesaat ku tertanya pada diri ini
Mengapa disetiap pertemuan
Harus hadirnya perpisahan?
Sedangkan aku tahu indah pertemuan
Dan sakitnya perpisahan
Sedangkan terciptanya kau dan aku
Begitu juga terciptanya
Pertemuan dan perpisahan




...HADIRNYA TEMAN...



Disaatku tiada teman berbicara
Dirimu sudi mendengarnya
Disaatku kesunyian
Kau selalu ada menemani
Disaatku menangis sendirian
Kau datang memujukku
Disaatku jatuh tersungkur
Kau menghulurkan tanganmu untuk mengangkatku

Kau Teman Terbaikku


UJIAN


Terkadang hati ini tampak kuat
Namun sedarkah engkau ia hanya palsu
Dalam gelak ada duka
Dalam tawa ada derita
Dalam senyum ada tangis
Tak siapa tahu
Tak siapa memahami
Ujian itu memang menyakitkan
Namun siapa aku untuk mengeluh
Kerna aku tahu
Hadirnya ujian itu
Untuk menguatkan bukan melemahkan
Hadirnya ujian itu
Untuk mematangkan bukan mematahkan
Dan ujian itu jua yang mengajar aku
Erti kehidupan sebenar


::✿:: Assalamualaikum Cinta ::✿::

Seuntai Pesan Untuk Hawa

::*:: Jangan Menitiskan Airmata ::*::

::✿:: Jodoh Pasti Bertemu ::✿::



Jodoh Pasti Bertemu

“Dalam hidup pasti ada yang datang dan pergi
Memberi cinta atau menembus luka
Namun bukankah Tuhan selalu punya rencana


setelah hujan selalu ada pelangi
setelah luka pasti ada bahagia
setelah menunggu pasti akan ada yang datang


semua indah pada waktunya
jika kau mau menunggu, berusaha dan berdoa”


Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Allah Itu Sentiasa Di Sisimu

✿✿ LANGKAWI (part2) : Kota Mahsuri ✿✿

....assalamualaikum....

Okayyy..aku nak sambung story pasal percutian aku kt Langkawi tu..
Hari ke-2,,hari yg memenatkan tpi best sgt2..
7 April 2014
✿ Pkul8 bru kitaorg bertolak ke Kota Mahsuri..xda dlm plan aku tpi ad dlm plan Tira..hahahaha..at least, kitaorg tahu sejarah Mahsuri sebenar-benarnya..dalam 30minit jgk la nk sampai sana..sampai je sana, kitaorg cri tempat utk breakfast dlu..laparrr beb..hahahaha





✿ Lepas breakfast je, kitaorg beli tiket masuk..murah je,seorg RM7..xda apa dgn RM7, jika kita mampu dpt input yg berguna kn???..hehehe


Harga tiket RM7



✿ Nak tau pasal Mahsuri????..better korang pegi Kota Mahsuri kalau nak tau lebih..byk benda yg pada mulanya aku tak tahu,,tpi when dpt masuk sana..Wahhhh!!!..byk benda baru aku belajar..hehehe..

Tira baca info tentang pembunuhan Mahsuri

Gambaran ketika Mahsuri dijatuhi hukuman

Apa lagiiiii....selfie la kitaorg...hahaha

Sejarah Mahsuri

Mahsuri

Dapur rumah Mahsuri

Rumah Mahsuri dari depan
Errrkkkkkk..kita duk dkt tangga je la segan nak masuk rumah xda org..hahaha

Apa seyhhh,Tira...Berangan org masuk meminang la tu..hahahaha

Telaga Mahsuri


Tira berangan nk jadi Mahsuri..untung la depa cantik,,
bleh nk berangan jadi Mahsuri..haha

Depan rumah Penghulu

Tak sangka ada perahu dalam rumah Penghulu..haha


Keturunan  ke-7 Mahsuri..ermmm..yg dlm gmbr tu yg keturunan Mahsuri
bukan yg tgh ambik gambr tu..hahahaha

 Depan Makam Mahsuri Binti Pandak Mayah



 Lepas habis jalan2 dalam tu..mybe dlm pkul12.30 kot,,kitaorg bertolak balik ke Amzar Motel..utk rest kjap, mkn tgh..Okayy..tengahri, kitaorg just mkn makanan segera je..opssss,,bukan Mcd la..tpi,,Tira mkn maggi tomyam,,aku plak mkn bubur segera..malas nk mkn luar..hahaha
Then, solat zohor before pegi Island Hopping..hikhik..

✿ Owhh..lupa plak,,kitaorg dh hntr motor before balik bilik lgi..sbb takut rushing nnti nk pegi Island Hopping..

p/s :..sambung dalam next post.. :-)