Saturday, 1 March 2014

Hebatnya Seorang Wanita Dalam Islam


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang Yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, 'Ibu   lebih penyayang daripada bapa" dan 

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap Hari dengan 1,000 kebajikan Dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari d osa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur Dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah Dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) Lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapayang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia Dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang Soleh.

12. Aisyah berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih Besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, 'Suaminya. 'Siapa pula Berhak terhadap lelaki?' Jawab Rasulullah, 'Ibunya'.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah Panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung Diudara, malaikat di langit, matahari Dan bulan semua beristighfar Baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang Dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup Pintu-pintu neraka Dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari Mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga. 

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara Perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap Ihsan dalam pergaulan dengan mereka Dan mendidik mereka dengan penuh Rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga. 

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada Anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka Akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 'Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.

p/s: bersyukurlah wahai wanita jika kamu dilahirkan sebagai wanita




sumber: http://faraayuni.blogspot.com/2013/09/hebatnya-seorang-wanita-dalam-islam.html

✿✿✿Salam Perkenalan✿✿✿

Assalammualaikum..

Hye..nama diberi Fara Ayuni Binti Mat Lazib.Nak tau maksud disebalik nama saya???.. Fara bermaksud,kegembiraan @ kesenangan manakala Ayuni bermaksud,keayuanku..

Kawan-kawan selalu panggil saya Fara dan sebab tu la saya selalu je bergelak ketawa bila jumpa kawan-kawan..hahaha..kalau tak ketawa dalam sehari tu memang tak sah la kan,,macam tak lengkap je hari-hari kalau tak ketawa..

Tapi kalau kat rumah, family selalu panggil Akak@Kak Yuni@Kak Ngah..mungkin sebab tu la, kalau saya dkt rumah jadi macam ayu sikit..hahaha..

Apa yang saya nak tunjukkan kat sini adalah sikap @ perilaku seseorang itu sebenarnya dipengaruhi oleh nama yang diberi..orang-orang tua selalu cakap,"Setiap apa yang diucapkan oleh kita itu merupakan satu doa"..

Oleh sebab itu,kita disarankan untuk memanggil nama seseorang itu dengan panggilan yang baik dan elok..
sebab apa??
sebab panggilan itu lah sebenarnya mengambarkan perangai mereka..


p/s: bersyukur dan berterima kasih lah kepada mak ayah kita sebab bagi nama yang elok dan sedap didengar..