Friday, 1 May 2015

✿✿ LANGKAWI (part3) : Tasik Dayang Bunting ✿✿

....assalamualaikum....

Firstly, sorry sbb baru sempat post part3 percutian aku dengan Tira. Memang dah lama sangat tapi disebabkan tiada masa nak update. So, macam ni lah jadinya, dh setahun kot..hahaha
Once again, sorryyyyy..

And disebabkan dah janji dengan Tira nak post sampai habis percutian kitaorang,,
Maka, hari ini aku menunaikan janji seorang sahabat kepada sahabatnya.

7 April 2014
✿Pukul2 ptg, abg Island Hopping dtg ambik kitaorg kt Amzar Motel. Okayy, jujur aku cakap, aku dah lupa berapa harga Island Hopping. Kalau tak silap la kan, dalam RM30 @ RM35. Agak mahal la time tu, but not bad la kan..hehe


Okay,, ni masa dah sampai kat jeti,, nama jetty tu aku tak tau nama apa..hehe.. Teka siapa ambik gambar ni??..hikhik
These couple yg ambik gambar kitaorg berdua. And kebetulan jugak diaorng satu bot kitaorg..Diaorg ni dari France,, klau tak silap la.. :)

Kitaorg rasa couple ni baru kawin kot,, datang Langkawi nk honeymoon kot la kan. Hal orang dah kawin mana la kitaorg tau..hahaha..
Tapi couple ni mmg baik n ramah la..


And guess what??.. mamat ni pn xbrapa pandai speak english jgak mcm kitaorg..
Tpi at least, kitaorg dgn mamat ni try to speak english, n buat2 fham je la..hahaha
Ni la dayang yang orang ckp bunting tu,, 
Nampak x mcm perempuan yg mengandung??..kt belakang tu baru ada tasik


Actually, aku dgn Tira je bdk muda dalam bot ni.. Mostly, couple yg baru kawin n family yang bawak anak-anak.
Terasa muda uooolllssss..hahaha



✿ Okayy,, nampak tak kt belakang tu tulis apa??.. Maknanya,, kitaorg dh sampai dh kt Tasik Dayang Bunting.






















Just want to tell uoolllss.. board tu tunjuk pemandangan dri atas tasik ni..


Sorryyy,, makcik France,, curi ambik gambar jap..haha
See,, betapa ramainya org datang sini.
Ni la sejarah tasik ni,, dan orang tua2 la kata kn, klau pasangan yg nak anak, minum air tasik ni
InsyaAllah, dapat anak..
Sejauh mana kebenarannya tu,, xtau
Soal anak n jodoh tu, berserah je la kpd Yang Maha Kuasa

Alhamdulillah, bersyukur sgt dapat lihat keindahan alam mcm ni,, hilang stress kjap..hikhik
Haaaaa,, ni satu lagi nak ckp,, nak sampai sini bukan mudah tau x??..kene daki bukit dlu,, Ya ampun,, semput dibuatnya,,hahahaha.. tapi berbaloi la sbb tmpt ni cantik sgt.





Ni la tangga nak sampai tasik ni.. naik tangga, turun tangga,, baru smpai tasik..

Kitaorg dh sampai sini,, anda bila lagi??..hahaha

Ni la pakcik bot, dia la yg pling byk layan kerenah kitaorg..
Maklum la,, atas bot ni smuanya berpasangan..
kitaorg je xda pasangan..hukhuk
pakcik ni je la yg layan sembang dgn kitaorg..
Thanks pakcik sbb bwk bot elok2 (hrmmmm,, elok la sgt.. bwk bot mcm nk terbalik ,, saja nk kne kn kitaorg)
Btw, pakcik mmg sempoi.. :)

Lepas ni,, pakcik bot bawak pegi eagle feeding plak.. See u..

p/s :..sambung dalam next post.. :-)

MATCHMAKING @ MATCHMAKER

ASSALAMUALAIKUM...

Bila sibuk dan malas menguasai, blog ditinggalkan sendiri..Rindu nak menulis di sini lagi, terlalu lama menyepi..Dan bila kesunyian menguasai, aku kembali lagi ke sini utk mencoret segala isi hati..hahaha.. (jiwang la lu Fara,udah-udah la tu Fara oiii..haha)

Aishhh..kali ni post JIWANG lagi la..sory la kepada yang tak suka..

APA BEZA SUKA, SAYANG & CINTA????



Kadang-kadang kita sendiri keliru bila mana kita suka, sayang @ cinta seseorg..yeahhh, soal perasaan ni susah nak ramal. Ermmmm..mula-mula suka kemudian sayang terus rasa cinta mula hadir,,kn???..Kadang2 ada juga yang suka kemudian sayang tapi takut nk letak harapan dalam sebuah percintaan..KENAPA???..sbb takut KECEWA lagi..hehe


Kali ni aku nak tulis pasal "MATCHMAKING @ MATCHMAKER"..
Aku dgn member2 aku dkt UKM ni(my wingmateS) suka jadi MATCHMAKER la katakn.. bila kumpul ramai2 kn, kitaorg slalu gosip then suka 'match'kn siapa yg xda BF lgi..hahaha..yela,kitaorg saja main2 utk suka2 je pn..xda benda utk serius pn..
Tapi kalau ada yang 'sangkut' dlm game ni, kitaorg anggap itu mungkin dh jodoh diaorg.
Klau KEKAL tu, Alhamdulillah..
Klau TAK KEKAL, nak buat mcm mna bkn jodoh..Life must go on,right??..

Tapi ada org ckp la kn,, bila org dh selalu sebutkn nama kita dgn si dia tu selalu kemudian kita berkawan..terus berkawan rapat plak..mustahil tak timbul perasaan suka @ sayang @ cinta kn??..
Serius BETUL, tak tipu pn..
KENAPA AKU CKP MCM TU???..
Sbb aku pn pernah rasa keadaan ni..hahaha

Mula2 kawan 'match'kn..
Lepas tu start kawan..
Lepas tu rapat,, makin hari makin rapat..
Lepas tu timbul perasaan sayang
Tapi kes aku,, tak sampai tahap bercinta la..hahaha



PENGALAMAN???

Okay,, sebelum aku cerita lebih..aku nak mintak maaf kt 'dia' tu.."Maaf, saya bercerita pasal awak,, klau awak tak suka, bagitaw sy ea..nnti saya padam post ni.."

Mula2 aku berkawan dgn dia, lepas tu kawan2 start 'match'kn kitaorg..
Kawan2 mula ckp yg kitaorg ni couple walhal kitaorg hanya berkawan..
Lepas tu, kitaorg mula rapat..rapaaattt sgt..
Hari2 jmpa,,hahaha..bercerita itu ini..
Bila ada org bercerita psal kitaorg, kitaorg buat pekakkan telinga je..
Dan dari satu persahabatann menjadi satu keakraban,,
Dari satu keakraban itu mula  hadir rasa sayang..
Aku tak tahu soal hati dia tpi kalau soal hati aku
Jujur aku ckp yg aku mula sayangkan dia lebih dari seorg sahabat..
Tapi semua ni tak bertahan lama,,
Disebabkan satu kejadian, kami mula menjauh
Dan sampai sekarang kitaorg menjauh..
Klau aku kira la kn dh hampir 2tahun kot..



MACAM MANA DGN 'MATCH' DKT UKM NI???..

Tipu sgt la klau aku tak kene 'match' dgn budak2 ni..
Tapi kali ni aku berhati2 la..takut terJATUH lagi.. jatuh apa??..JATUH CINTA..hahaha
Bila budak2 ni 'match'kn aku..aku anggap ni sbg gurauan je..yeaa,, sbg bahan utk bergelak tawa..hahaha
Kpd si ***** tu.," Maaf, aku x anggap pn ko sbg brg mainan tpi aku anggap benda ni gurauan bdk2 ni je..Aku tak nak mengharap lebih, ckup sekadar kawan"
Kadang2 aku pn takut,, takut jadi mcm dlu..
Bila kawan2 mula gosipkan.. kami mula rapat.. kmudian simpan perasaan..
Dan aku xnak smua ni jadi..
Jujur ea... ada sorg member tnya( one of my wingmate),, apa perasaan aku kt si dia tu samaada suka @ sayang @ cinta.. 
Aku cuma jawab, hanya sayang sbg seorg kawan, x lebih pn dan x sampai tahap CINTA pn..sbb hati ni belum terbuka lagi utk bercinta..hahaha

SO,,KESIMPULANNYA???

Mudah je..
Bila kene gosip @ kene 'match' dgn member..
Tanya hati sendiri..
Klau CINTA dgn si dia, jujur je la..
Klau TAK CINTA dgn si dia, jujur je la..
Berterus terang.. Jangan beri harapan
Jangan terlalu berharap akan ada orang yang dapat baca hati kita..



La Tahzan Wahai Hati

JANGAN  BERSEDIH  LAGI..

Saat hati benar-benar di landa gelisah... gundah.. ada sesuatu yang mengganggu fikiran... atau sakitkah hatimu..?? atau peritkah hatimu..?? atau mungkin hatimu derita di kala ini...

kenapa aduhai hati..??
apakah yang menyebabkan sakit hatimu..?
atau derita hatimu..?
ataupun fikiran keliru..

wahai hati..
bila engkau memandang segalanya dari Allah..
yang mempercepatkan segalanya..
yang menimpakan ujian..
yang menyebabkan sakitnya hatimu, membuatkan keinginanmu terhalang..
pastinya damailah hatimu jika engkau mengetahui..
kerana masakan Allah sengaja mentadbirkan segala2nya dengan sia-sia...
bukan Allah tidak tahu betapa deritanya hidupmu.. pecahnya hatimu..
mungkin itulah yang Dia mahukan..
Kerana Dia tahu,
hati yang sebegini lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat denganNya..

wahai hati..
berjalanlah dengan penuh harapan kepada Allah semata-mata..
walaupun hidup ini tak selalu bahagia...
sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak mampu lagi bertahan..
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka..
hiduplah dalam iman walau hidup dipenuhi godaan..
dan berpeganglah kepada Allah walau dia tidak kelihatan..
Bukti kasihNya, kita wujud didunia pinjamanNya..

wahai hati, ingatlah..
bahawa orang yang soleh tidak gembira apabila mendapat sesuatu kesenangan..
Juga hatinya tidak berduka andai tidak mendapat apa yang di impikan..
Kerana dunia tiada di hatinya..
Yang ada hanyalah pengharapan kepada Allah semata-mata..

aduhai hati..
contohilah para sahabat Nabi saw..
Apabila di beri kesenangan, hati mereka pasti gelisah..
Di pohon kepada Allah agar mendatangkan kesempitan..
kerana hati mereka bimbang andai terleka dengan kesenangan..
Bertahun-tahun ku cuba pujuk hati sendiri..

aduhai hati..
ketahuilah bahawa hidup bukan hanya di sini..
Di sana kekal abadi..
Aduhai hati..
yakinlah Allah sentiasa bersama hambaNya yang inginkan cintaNya..

Bukankah keperitan itu juga dari Allah..?
Bukankah kesakitan itu juga dari Allah..?
Bukankah kesempitan itu juga dari Allah..?

Aduhai hati..
yakinlah kasih Allah itu kasih sejati..
Aduhai hati..
ingatlah, janji Allah janji yang pasti..
Wahai hati..
manangislah penuh pengharapan kepada Ilahi..
Pasti kan kau temui jalannya nanti..
Wahai hati..
usahlah bersedih lagi..
carilah redhaNya, sematkan di setiap sudut hati..
Moga kasihNya, menyinari hari-hari yg mendatang..
"Jangan biarkan wujudnya pengharapan di hati kita kepada manusia..
Mengharaplah kepada Allah semata-mata.."









Sunday, 1 June 2014

::**:: Menangislah ::**::


Tangisan adalah suatu fitrah bagi setiap makhluk bergelar manusia. Sejak dari awal kelahirannya, hinggalah ke akhir hayat setiap manusia, pasti tangisan akan menghiasi kamar hidupnya. Banyak punca yang menyebabkan air mata berlinangan namun berapa ramaikah dari kita yang tangisnya adalah kerana takutnya ia akan Allah S.W.T? Berapa ramaikah dari kita yang menangis akibat menghitung setiap inci dosa dan noda yang telah kita lakukan?
Wahai saudaraku, ketahuilah olehmu bahawa tangisan yang jatuh ke bumi kerana takutkan Allah membawa makna bahawa kita termasuk dalam golongan orang yang beriman kepada Allah sebagaimana firman Allah S.W.T.
“Dan takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (Surah al-Imran : 175)
Wahai saudara yang kukasihi, menangis kerana Allah akan mengangkat martabat diri hingga termasuk dalam golongan penghuni Syurga Allah yang penuh dengan segala kenikmatan yang tiada tolok bandingnya. Bahkan darjat juga akan ditinggikan oleh Allah selaras dengan janji-Nya yang berbunyi :
“Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua Syurga” (Surah Ar-Rahman : 46)
Seorang Khalifah yang agung di muka bumi Allah ini tidak pernah asing dengan tangis dan hiba saat meratapi akan segala dosanya kepada al-Ghafur. Lihat sahaja mereka yang dekat dengan Tuhan sekalian alam seperti kekasih Allah, Rasulullah S.A.W, para sahabat R.A, para tabi’in dan tabi’tabi’in , semuanya bercucuran air mata kerana takutnya mereka kepada Allah.
Rasulullah S.A.W sendiri menangis kerana takutkan Allah. Seorang Nabi dan kekasih Allah yang dijanjikan Syurga dan maksum. Pernah suatu ketika sedang Rasulullah S.A.W duduk bersama-sama dengan para sahabat, tiba-tiba Baginda menoleh pandangannya ke arah sekumpulan manusia seraya bersabda ” Apakah yang sedang mereka lakukan?” Salah seorang dari sahabat menjawab, “Mereka sedang menggali kubur untuk mengebumikan seorang yang telah meninggal dunia.”
Sebaik mendengar jawapan itu, Baginda berganjak dari tempat duduknya dan berjalan pantas mendahului para sahabatnya. Akhirnya baginda tiba di tanah perkuburan itu dan mencangkung berhampiran kubur tersebut. Para sahabat mengambil tempat di hadapan Baginda Rasulullah agar dapat melihat apa yang akan dilakukan oleh Baginda. Mereka melihat Rasulullah S.A.W menangis sehingga air mata menitis ke pipinya kemudian berkata kepada sahabat, “Wahai saudara-saudaraku, kalian harus mempersiapkan diri untuk menghadapi peristiwa seperti hari ini (kematian).” Bagitulah ketakutan Kekasih Allah yang mulia. Bagaimanakah dengan kita sebagai umatnya?
Menangis kerana takutkan Allah akan menyelamatkan kita dari seksaan dan azab Allah yang pedih, menempatkan kita di dalam Syurga-Nya dan menikmati segala kenikmatan yang tidak dapat dibayang oleh akal fikiran. 
Ubay bin Ka’ab berkata, “Kalian harus memegang ajaran dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Bukan termasuk orang yang memegang ajaran dan sunnah Nabi ketika teringat seksaan Allah, namun dia tidak menitiskan air mata kerana takut kepada seksa-Nya. Maka orang seperti ini akan bersama-sama api neraka untuk selama-lamanya.”
Orang yang memegang ajaran dan sunnah Nabi ketika teringatkan Allah, maka pasti akan ketakutan dan bergetar jantungnya kerana takut pada siksaan al-Muntaqim. Dosa-dosa orang seperti ini akan berguguran seperti mana gugurnya daun-daun dari pohon yang ditiup angin.
Hisablah diri kita sejenak, bermuhasabahlah dan berfikirlah perihal kehidupan di negeri yang kekal abadi. Adakah kita pernah menangisi dosa-dosa kita? Bilakah kali terakhir pipi dibasahi dengan linangan air mata keinsafan? Hanya Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Melihat segala sesuatu perbuatan. Moga dikurniakan Allah dengan perasaan ketakutan terhadap dosa.
Menangislah, Wahai Saudaraku…



credit to : http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/3830-menangislah-wahai-saudaraku.html

Mengapa Perasaan Perempuan Selalu Lemah


Duhai Hawa, mengapa kita terlalu lemah? Saya selalu terfikir mengapalah perasaan perempuan itu selalu lembut dan tersentuh. Bukan kita tak pernah dengar, sekeras-keras hati perempuan, akan lembut juga. Kerana itu rasanya Allah jadikan ibu seorang perempuan.
Seorang ibu itu dia lembut dalam garang, marah dalam sayang. Dua sifat antagonis ni sangat sebati dalam diri seorang insan bergelar Hawa. Kadangkala sensitifnya terlebih, adakalanya penyayang bukan main lagi.
Peliknya, untuk memahami perasaan naluri diriku sendiri, hatiku kadangkala seperti sebuah sampan di atas ombak yang kuat. Bergulir-gulir tanpa tujuan walaupun sudah dikayuh dengan kuat ke arah yang sudah ditetapkan.
Benar umum sudah mengetahui, cinta kepada Allah itulah paling hakiki. Tetapi untuk mereliasasikan cinta itu tidak semudah seperti sebutan di lidah semata. Banyak halangan yang perlu ditempuhi dan cabaran yang selalu menarik-narik diri ini untuk beralih arah dari mencapai Ilahi.
Benar, hakikatnya untuk mencapai cinta Ilahi ini, tidak cukup hanya dengan mentaati perintah-Nya semata-mata, dengan hanya menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulan Ramadhan dan juga membaca Al-quran.
Tetapi memerlukan pengorbanan yang lebih besar dari itu! Betapa ramai manusia hatta orang-orang soleh sendiri gagal dalam meraih cinta dari Allah saat kematian mereka kerana gagal melaksanakan perintah ini.
Itulah menahan diri dari perkara-perkara yang dimurkai Allah. Sukarnya menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang Allah larang kerana nafsu kita sangat-sangat cenderung kepada perkara tersebut.
Saidina Umar pernah berkata : “Seorang yang memiliki kualiti taqwa adalah seperti seorang yang berjalan di atas jalan berduri dengan berhati-hati. Seperti mana dia sangat berhati-hati untuk memastikan pakaiannya tidak terkena duri tersebut seperti itu jugalah seorang yang bertaqwa itu harus berhati-hati dalam setiap perbuatan yang dilakukannya.”
Saidina Ali juga pernah berkata : “Taqwa adalah takutkan Allah, berbuat seperti mana yang disuruh oleh Allah, puas dengan apa yang ada dan bersiap sedia untuk hari pelepasan (kematian).”
Indahnya kata-kata mereka.


Kadang-kadang aku rasa marah pada diri sendiri. Kenapalah susah sangat nak menahan hawa nafsu? Terutama dalam perkara-perkara untuk menundukan pandangan. Memang benarlah firman Allah :
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka….” (Surah An-Nur : 30-31)
Kerana pandangan itulah akar kepada banyak maksiat yang berlaku sesama berlainan jantina.
Bagi aku, kadangkala sikap ‘double standard’ selalu ada apabila berhadapan dengan kawan yang bukan muslim. Namun rasanya tidak boleh sebegitu kerana dari situlah kita dapat berlatih untuk membersihkan hati kita.
Paling penting bukanlah menundukkan pandangan dengan menundukkan pandangan mata semata-mata, namun adalah menundukkan perasaan. Jika hawa dan adam berbual tanpa memandang sesama sendiri, namun jika gagal mengawal perasaan, banyak juga boleh jadi.
Selain itu, mungkin saja kita gagal dari menahan diri dari menonton rancangan televisyen yang mungkin mendedahkan aurat-aurat yang tidak patut kita nikmati.
Bukan itu sahaja, mungkin sahaja kita memandang kawan sekelas kita dengan merasakan sesuatu di dalam hati.
Dalam umur yang memasuki dewasa ini, perasaan adalah satu-satunya harta berharga yang perlu dijaga. Dan alangkahnya susah sebenarnya.
Oleh kerana itu kita lihat ramai orang solat dan menutup aurat namun tidak ramai yang dapat menjaga pergaulan. Sungguh, jalan menuju redha Allah penuh dengan duri dan jalan ke neraka penuh dengan keenakan duniawi.
Kaum Hawa, kuatkan jati dirimu dan lindungilah tamanmu dari dicemari oleh pandangan orang yang bukan menjadi hakmu.
Kaum Adam, peliharalah hatimu dari menjadi milik selain dari Rab-Mu. Semoga kita semua menang dalam menempuhi ujian di dunia ini. Ameen!

credit to : http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/4922-mengapa-perasaan-perempuan-selalunya-lemah.html

Bersendirian Itu Terapi Diri



Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan? Zahirnya, orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.
Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.
Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.
Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.
Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.
Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui. Astargfirullahalazim…
Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang ‘hilang’. Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.
Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah dengan Allah. 
Allah SWT berfirman:
“Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan” (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)
Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
“…boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu.”
(Surah al-Baqarah, ayat 216)
Biarlah kita buruk dan hina pada pandangan manusia, namun cantik dan suci pada pandangan Allah SWT :)
Wallahualam…

credit to : http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/6216-sendiri-itu-terapi.html

8 Pembohongan Ibu Kepada Ku

Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!...Semoga catatan ini dapat dijadikan renungan dan panduan kita semua..Semoga bermanfaat..

01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA – Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: “Makanlah nak, mak tak lapar.”.
02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA – Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: “Makanlah nak, mak tak suka makan ikan.”
03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA – Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: “Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula.” Mak tersenyum dan berkata: “Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi.”
04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT – Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: “Minumlah nak, mak tak haus.”
05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA – Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: “Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki.”
06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM – Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: “Jangan susah-susah, mak ada duit.”
07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH – Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: “Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang.”
08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN – Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.
Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.

Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: “Jangan menangis nak, mak tak sakit.”
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!
Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK…!!!


credit to : http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/353-8-pembohongan-ibu-kepadaku.html#